Baru je aku mausk sambung belajar UIA, dah timbul satu hal pulak
Visa student student international kena tahan la pulak. Habih kecoh. Kecoh sebab budak budak ni kena beratur panjang nak tunggu office imigration buka. Kau bayangkan, kena tunggu dari jam 3 pagi semata mata nak amek tempat.
Kesian weh. Tobat kesian baq hang!. Aku tengokk dah macam gelandangan pun ada. Terbongkang bongkang merempat kat tepi koridor, kat tepi tandas. Ada yang lagi sadis, mandi pun dekat situ sebab takut kalau diorang balik nanti, dah ade orang rembat tempat diaorang. Ye la, dengar bunyi memang la macam tak masuk akal kan, semata mata nak urus visa kena tunggu dari 3 pagi hingga ke 8 malam. Tapi ini hal hidup dan mati bro. Diorang pun ada kampung jugak. Nak lawat sedara mara, mak bapak, crush, ex dan macam macam lagi. Tup tup nak balik kena tahan visa siapa yang tak bekeng bohh (marah). Memang masa ni memang kena kecam teruk lah admin UIA. Lebih lebih lagi SRC. Dah la tak PRK lagi dah kena kerah buat kerja. Kah! Sadis betul
Ya, memang bagi aku tak adil. Sangat menindas golongan golongan sebegini. Sepatutnya pihak UIA sudah boleh menyelesaikan hal ini dengan lebih awal dan teratur lagi. Ini kerana memang bangsa asing sudah menjadi suatu populasi yang tidak asing lagi di UIA, jadi sudah tentu perkara perkara macam ini sudah boleh diagak.
Tapi tapi. Aku terpikir jugak, apelah yang ada dalam kepala otak staff bila diorang buat macam ni kat diorang. Adakah mereka memikirkan ia sebagai suatu balasan kepada golongan golongan ini di atas perangai perangai pelik mereka di UIA?
Kah, jahat betul aku ni punya spekulasi.
Tapi, betul weh. Aku ada jugak beberapa benda yang aku geram dengan diorang nih, Sepanjang aku di UIA, sudah banyak kepalatan yang aku alami dari segi mental mahupun fizikal.
*hangpa jangan fizikal tu yang lain na*
Apa benda la yang aku geram eh dengan foreigner nih?
1) Bawak keta macam orang bangang
Ya, ini sudah pasti lagi terang lebih dari bersuluh. Memang puak puak ini kalau bawak kereta memang macam hare. Kalaulah babi boleh drive, dia akan dapat lesen dulu daripada diorang. Hang bayangkan, jalan sehala pun hangpa bantai pi race. GILA ka apa!. Aku dah banyak kali dah kena dengan diorang ini. Ada sekali itu, aku balik malam, dua Myvi pergi race. Lepastu bawak terhuyung hayang depan aku. Konfem dah mabuk diorang nih. Buatnya ada orang melintas depan tu, tak ke naya. Benda lain takyah cakap la. Masuk simpang takda signal, potong sesuka hati, bawak slow, laju kat jalan sempit. Memang senang cite, kalau aku Rektor, aku haramkan diorang pegang stereng dalam UIA nih.
Dah banyak dah kes eksiden jadi disebabkan kelajuan maksima mereka ini, Aku ingat lagi, ada sekali itu kereta dengan moto bertembung. Jalan sempit dua hala, kemudian kereta ini bawak laju time selekoh, bertembung pulak dengan motor. Patah kaki baq hang yang bawak moto tu. Kesian aku tengok. Paling aku menyirap sekali, boleh foreigner yang bawak kereta tu kata dia tak salah, moto tu yang bawak laju.
TOQ hang la weh! Hang tu yang bodo. Dah tau bawak kereta jalan sempit, dok gagah bawak laju buat apa. Kawan aku sorang penah jatuh moto sebab ada kereta potong nak langgar dia. Nasib baik cedera ringan ringan je. Boleh pulak foreigner tu kata yang dia tak salah, siap nak buat report polis lagi tu. Halamak aih
Dah banyak kali dah aku alami `death experience' dengan diorang ini. Sampai aku fikir yang rasa macam nak jalan kaki pun ada. No wonder banyak eksiden yang jadi kat Uia ni.
2) Bau badan terlampau `wangi'
Entahlah, aku ingat bau badan jenis macam ni dah berakhir masa aku kat asrama je. Tapi ada balik bila kat sini. Memang mereka ini ada sejenis bau badan yang sangat `special'. Kalau dalam `Fear Factor', memang boleh buat satu acara untuk tahan bau badan diorang je.
Ape beracun sangat ke air kat Tanah Melayu ni sampai malas sangat kau nak mandi?
Bukan susah pun, kau sabun sikit basuh apa yang patut dah la. Ini sampai 3 hari tak mandi apa kes?
Aku pernah duduk satu bas dengan seorang mamat foreigner dari Uia sampai lah aku balik Rawang. Pergh. Aku rasa macam dah hilang deria bau pun ada.
Itu belum lagi kalau dalam kelas.
Come on la. Please respect the nature bro. Ni bukan negara kau. Lagi lagi kau nak masuk menuntut ilmu kat negara orang. Macam mana ilmu nak masuk kalau kebersihan diri pun kau tak boleh nak jaga. Ilmu pun lari masuk buku balik tau tak?
3) Pengotor
Kalau post tadi hanya pasal mandi, ni aku nak cerita ada segelintir puak puak ni yang jenis tak sedar diri diuntung. First sekali, Uia ni memang special dan baik hati. Kalau untuk budak budka Master, memang mereka ada sediakan bilik khas untuk pelajar master iaitu single room. Dann kebanyakan mereka adalah foreigner yang akan menetap di situ kerana pelajar tempatan akan lebih gemar berulang ke rumah ataupun ambil part time master.
Tapii..
Ada jugak yang budak budak foreigner duduk sekali dengan orang tempatan. Nampak awal awal macam cantik je bilik. Hang tengok bila dah hujung sem nanti. Bilik dah macam celaka. Dengan sampah bawak katil, pinggan mangkuk berketang ketang dengan sisa makanan, air tumpah melekit, sawang sawang kat atas siling.
Memang gile babeng betul. Kesian dekat orang yang dapat tempat mereka sem depan. Kawan kawan aku dah ada beberapa orang menjadi mangsa.
Bro, dah bagi tumpang tempat orang, pandai pandai la jaga. Common sense la..
Kau bayangkan, kalau bilik share dengan orang pun dah macam itu, macam mana lah kalau diorang duduk sengsorang ya? Ada telur naga la gamaknya.
4) Disiplin
Ada jugak beberapa cerita yang tak manis aku dengar pasal mereka. Paling famous sekali kes sexual harassment lah. Apa punye sangap la foreinger nih. Banyak kes kes sistur sistur Uia kena kacau ondaway nak balik kelas, nak pergi kelas malam. Lebih lebih lagi kalau lalu kelas sunyi. Tapi tak adalah sampai yang melampau lampau. Tapi kesian, kesian dekat sistur ni. ` Mentally traumatized beb. Nasib baik pihak tertentu ambil langkah pantas untuk banteras keserakahan nafsu ini.
Dari segi akademik pula, ada jenis diorang ni yang memang tak ambil serius langsung pasal kelas, tutor atau assignment. Macam macam masalah timbul. Aku penah tengok depan mata lecturer tempik kat sorang foreigner keluar kelas sebab masuk lambat. Dah la lambat 1/2 jam, boleh pulak masuk sambil minum. Dah kena halau tu boleh pulak buat muka protes. Haram J betul. Halau balik negara sendiri baru hangpa ada akai.
Lagi satu yang aku perasan, pihak Mahallah (asrama) selalu kena deal dengan problem diorang ni. Hal macam gini, ada jenis foreigner ni yang tak check out bilik, so diorang akan duduk kat situ macam rumah diorang padahal dah ada nama orang lain dalam bilik tu. Bila orang yang berkenaan nak masuk, mulalah buat muka terkejut tak tau.
Bila pergi office nak setel, boleh diorang kata lupa tarikh nak checkout lah, tak sempat nak register lah, takde duit nak balik lah. Gile babeng tak menyirap pulak officer nak deal. Jenis tak faham bahasa cakap Bm dengan Bi ni memang payah nak cakap apa lah. Ada kawan aku pernah kena, baru balik dari Kelantan. Ingatkan nak sampai bilik tu boleh la rehat rehat. Masuk je bilik abeh barang barang dia kena longgok tepi. LONGGOK ye bukan letak. Yang ada barang barang foreigner entah mana dah duduk. Gaya macam dah duduk lama pun ada. Bila tanya balik, foreigner tu kata dia tak tau pun bilik tu dah ada orang dan dia dah register nama.
Kalau kena kat aku lah...
Aku ni bukan nye rasis ke apa. Bukan nya pembenci tegar golongan foreigner ni. Tapi memang ada senario senario macam ini. Aku umpamakan bila kita bertandang ke rumah orang, `dont ever mess up with its nature'. Ini yang mereka mereka ini kurang. Aku tak la kata semua foreinger tu perangai pelik. Ada je yang bagus, siap boleh buat kawan pena lagi. Ada je budak Melayu perangai macam hampeh.
Tapi, common sense tu penting. Takde dalam mana mana buku ke apa. Hang kena belajar sendiri la macam mana adab adab bila bertandang ke tempat orang. Itu pun orang nak kena ajaq la?
Renung renung kan dan selamat beramal.
ps: Tok hang la weh
No comments:
Post a Comment